BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – BUE Enterprise hari ini telah menganjurkan Seminar Laluan ke arah Kemampanan 2013 (The Path to Sustainability 2013) di The Radisson Hotel di ibu kota.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Paduka Haji Idris Haji Abas serta Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Marcel Gaumond.
Seminar bertajuk “Struktur Konkrit Pulih Semula” itu melibatkan dua fasilitator dari KRYTON Inc, yang antaranya menyentuh mengenai Bahan Binaan Kalis Air Kryton yang berasal dari Kanada.
Seminar itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengurus Besar BUE Enterprise, Chris Yong di hadapan tetamu khas serta jemputan dan peserta seminar yang terdiri daripada wakil sektor awam dan swasta.
Sidang seminar seterusnya mendengarkan taklimat dan pembentangan yang disampaikan oleh Pengurus Penyelidikan dan Pakar Konkrit KRYTON Inc, Alizera Biparva dan Pengurus Serantau KRYTON Inc, Ivan Tan.
Di majlis itu sidang seminar turut mendengarkan taklimat dan penerangan mengenai produk KRYTON sebelum berbincang mengenai kajian kes yang terdapat di dalam dan luar negara terutama dalam isu keretakan konkrit.
Sesi soal jawab dan perkongsian maklumat menjadi agenda terakhir dalam program seminar anjuran BUE itu.
Source: Media Permata Online